Jumaat, 27 Jun 2008

Filem Animasi 3D Yang Pertama Di Malaysia: Geng The Adventure Begins



Kebiasaannya kita sudah lihat animasi malaysia seperti tandania, setelor, danial dan yang sedang ditayangkan di rtm 1 iaitu Spirit of Sound yang menemui anda semua setiap Isnin jam 7.30 malam.

Sekarang, terbitlah sebuah animasi yang menggunakan teknik 3d yang bertajuk Geng The Movie.

Saya menceritakan sinopsis berdasarkan laman web mereka.

Disebabkan terasa kebosanan ketika cuti persekolahan, Badrol mengajak kawan baiknya Lim untuk pergi berkhemah berdekatan kampungnya, tempat dia membesar. Tujuan ke sana hanyalah sekadar merasai semula kehidupan cara hidup Malaysia sebenar di dusun durian datuknya. Namun, percutiannya bukan setakat itu sahaja, sebaliknya telah mengheret mereka ke arah satu tanda tanya dalam siri pengembaraan mereka. Mereka telah menemui satu penemuan misteri tentang sebuah rumah yang berada jauh di dalam hutan itu. Bersama-sama rakan barunya, Rajoo, Ros dan sepasang beradik kembar, telah memberi kata sepakat mereka untuk turut sama membongkarkan rahsia di sebalik kisah sebenar tentang Kampung itu.




Nak tau lebih lagi... silalah ke laman web mereka di...http://www.lescopaque.com/

Isnin, 23 Jun 2008

Filem Duyung


Dulu-dulu, pernah kita tonton filem lama berjudul Air Mata Duyung (1964) arahan M. Amin lakonan Nordin Ahmad dan Suraya Haron. Filem cereka fantasi ini menceritakan tentang seorang nelayan bernama Awang Jermal yang bersahabat baik dengan putera raja bernama Engku Alang di mana dalam masa yang sama, adik Engku Alang, Engku Suraya telah jatuh cinta dengan Awang Jermal. Akibatnya Engku Suraya telah disumpah menjadi ikan duyung kerana bercinta dengan rakyat biasa.
Terbaru, sebuah lagi filem yang menggunakan ikan duyung sebagai objek utama. Filem diterbitkan oleh KRU Film ini diarahkan oleh Prof Abdul Razak Mohaideen. Antara pelakon filem Duyung ialah Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Yahya, Yasmin Hani, Abu Bakar Omar, Hafidzuddin Fazli, Rosnah Mat Aris, Raja Nor Baizura dan ramai lagi. Melihat pada senarai pelakon, saya keliru adakah filem ini lebih menjerumus kepada komedi atau fantasi cereka romantik?
Melihat nama Maya Karin membawa watak ikan Duyung, Budiey mahu mengucapkan tahniah pada beliau kerana berjaya dipilih untuk watak sebegini. Maya Karin semestinya rasa bertuah sebab diberi peluang untuk menjadi ikan Duyung. Setelah menjadi puntianak, Maya Karin dijelmakan pula sebagai ikan duyung; satu lagi legenda dalam filem Melayu. Budiey yakin Maya karin mampu memperbaiki bakat lakonannya dan mengukuhkan citra dan gaya lakonan cemerlang untuk menjadi seorang biduanita atau ratu filem untuk menggantikan Erra Fazira yang tengah jatuh merudum.
Seperti biasanya, KRU akan menerbitkan album soundtrack filem Duyung menampilkan Dafi AF5 dan beberapa artis di bawah KRU Records. Mungkin KRU boleh memperluaskan bisnes marketing dengan menghasilkan novel Duyung pula selepas ini?

Ahad, 22 Jun 2008

Need For Speed Most Wanted


Need for Speed: Most Wanted (NFS:MW) adalah permainan video perlumbaan berbilang platform. dibangunkan oleh EA Black Box dan mula dilancarkan oleh Electronic Arts bagi pasaran Amerika Syarikat pada 15 November 2005. Ia adalah sebahagian daripada siri permainan Need for Speed. Permainan ini memperkenalkan semula aksi kejar-mengejar dengan polis sebagai fokus utama kepada gaya permainan berorientasikan lumba haram, dengan beberapa (tetapi tidak semua) pilihan pengubahsuaian daripada siri Need for Speed: Underground. Permainan ini disusuli oleh Need for Speed: Carbon, yang merupakan sambungan kepada jalan cerita Most Wanted.
Most Wanted dilancarkan untuk komputer peribadi berasaskan Windows, PlayStation 2, Nintendo GameCube, Xbox, Xbox 360 (sebagai tajuk pelancaran), Game Boy Advance, Nintendo DS serta telefon bimbit. Satu lagi versi Most Wanted, bertajuk Need for Speed: Most Wanted: 5-1-0 telah dilancarkan untuk PlayStation Portable.
'Black Edition', edisi pengumpul bagi Most Wanted, telah dilancarkan bagi menyambut ulang tahun siri Need for Speed ke-10 serta bersempena dengan pelancaran Most Wanted. Black Edition menampilkan perlumbaan tambahan, kereta bonus serta kandungan tambahan. Black Edition juga didatangkan dengan DVD khas yang mengandungi temu ramah serta video mengenai permainan. Black Edition dilancarkan bagi versi PC, PlayStation 2 dan Xbox di Amerika Syarikat dan Australia;[1] hanya versi PlayStation 2 sahaja dikeluarkan untuk pasaran Eropah

Sabtu, 21 Jun 2008

Filem Congkak








Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya.
Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.
Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama.
Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.
Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.






Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.

Sinopsis Tentang Bulan



TENTANG BULAN bermula pada tahun 2006. Seorang gadis keluar dari lapangan terbang untuk pulang kedesanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Di dalam teksi, gadis tersebut telah terkenang zaman kanak-kanak bersama 5 orang sahabatnya. Tahun 1985, Asmawi , Gemuk, Ketot, Budi dan Ila adalah 5 sekawan paling akrab di desa. Kelima-lima mereka mempunyai perangai dan telatah unik masing-masing. Namun, semua tahu Asmawi yang paling kacak adalah ketua mereka.
Sebagai satu kumpulan, mereka menjadi kuat kerana masing-masing mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Gemuk seorang yang berbadan besar, Ketot seorang yang garang walaupun bertubuh kecil, Asmawi seorang yang berdedikasi sebagai ketua, Budi punyai otak bergeliga manakala Ila menjadi pelengkap kepada mereka semua.
Walaupun sering dikutuk kerana tidak berkelakuan seperti perempuan, Ila tidak menendahkan kata-kata orang lain kerana dia tahu dia mempunyai 4 orang kawan rapat yang sanggup bersama-sama dalam susah dan senang. Kelima-lima sahabat ini gemar melepak hingga larut malam pada masa bulan penuh dan berangan-angan satu hari nanti mahu pergi ke bulan.
Kehadiran Zurina, seorang budak perempuan yang baru berpindah ke desa dan bersekolah di sekolah mereka, mula menggugat persahabatan mereka 5 sahabat. Zurina bukan sahaja cantik dan berbudi bahasa tetapi mempunyai ciri-ciri seorang budak perempuan yang menjadi idaman setiap budak lelaki. Ini menyebabkan Asmawi, Gemuk, Ketot dan Budi berlumba-lumba untuk menambat hati Zurina dengan melakukan pelbagai cara untuk rapat dengan Zurina.
Malahan mereka berempat meninggalkan aktiviti-aktiviti lasak seperti bermain bola, terjun ke sungai dan memanjat pokok semata-mata kerana mahu bermain pondok-pondok, lompat gelang getah dan congkak bersama-sama dengan Zurina. Kerana Zurina juga, Ila rasa cemburu dan tersisih kerana 4 rakan lelakinya mula memberi tumpuan kepada Zurina. Ini menyebabkan Ila cuba berubah menjadi budak perempuan tetapi perubahan ini hanya menjadikan Ila bahan ketawa mereka. Ila menjadi marah dan menyisihkan diri daripada kawan-kawannya. Asmawi menjadi semakin rapat dengan Zurina tetapi lama-kelamaan dia sedar yang dia rindukan Ila.
Namun, semuanya sudah terlewat kerana pada hari Asmawi dan kawan-kawannya mahu meminta maaf dan memujuk Ila, Ila sudahpun dalam perjalanan berpindah daripada desa itu.
Asmawi, Gemuk, Ketot dan Budi meneruskan persahabatan mereka dengan Zurina dan pada setiap malam bulan mengambang, mereka masih impikan untuk pergi ke bulan. Tetapi, mereka tetap rasa kehilangan. Apakah kesudahan persahabatan mereka? Siapakah perempuan di dalam teksi tersebut dan perkahwinan siapakah yang ingin dihadiri?

Sinopsis Filem Evolusi Kl Drift

EVOLUSI KL DRIFT adalah filem yang memaparkan paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara.
Zack dan Sham adalah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta ‘drift’. Kelazimannya bidang perlumbaan kereta ‘drift’ didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopili itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira ‘daring’ dan agresif.
Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.
Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack. Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta ‘drift’ ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.
Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul anatara Zac dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.





Lakonan:Fasha Sandha sebagai Fasha



Farid Kamil sebagai Sham



Syamsul Yusuf sebagai Zack



Aaron Aziz sebagai Joe



Iqram Dinzly sebagai Karl



Buzen Hashim sebagai ZulRizal



Ashraf sebagai Muz



Arahan/Skrip: Syamsul Yusuf
Terbitan:Skop Production’s
Tarikh Tayangan:03 April 2008












Sinopsis Filem Impak Maksima



Ayie ialah seorang anak muda yang masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Ayie amat gemar dengan sukan bermotor iaitu lumba kereta, Ayie sering melibatkan diri dengan perlumbaan kereta haram dan melepak bersama 2 orang rakan baiknya iaitu Loyai (rakan kolej) dan Amran (mekanik kereta). Ayie sering ditegur oleh abangnya, Johari yang telah menjaganya semenjak ibubapanya meninggal dunia. Johari mengusahakan sebuah bengkel kereta di mana tempat Amran bekerja. Suatu ketika dahulu, Johari seorang pelumba Rally profesional tetapi telah berhenti kerana tidak mahu adiknya mengikut jejaknya.
Ayie juga begitu terkenal di kalangan pelajar-pelajar kolej, Ayie telah terserempak dengan seorang freshie ( Eva Liana) yang begitu cantik dan telah menarik perhatiannya. Kosentrasi Ayie lebih kepada Eva, Ayie sudah mula kurang untuk berlumba dan melepak dengan rakan-rakan. Suatu hari Loyal didatangi Ray, seorang pusher dan terkenal dengan aktiviti haramnya. Ray ingin mencabar Ayie dalam satu perlumbaan Drag tetapi Ayie telah menolak kerana Ayie sudah ada temu janji dengan Eva Liana. Tanpa pengetahuan Loyal, Amran telah bertemu dengan Ray untuk menerima pelawaan Ray dengan mempertaruhkan wang sebanyak RM5,000.00.
Pada hari yang dijadualkan, maka berlangsunglah perlumbaan antara Amran dan Ray. Berita kekalahan Amran telah diketahui Loyai. Loyai dan Ayie sama-sama mencari Amran kerana mereka tahu bahawa Amran berada di dalam bahaya. Dalam pada mereka berbincang, Ray tiba untuk memukul Amran dan Amran yang panik telah melarikan diri dengan keretanya. Berlakulah adegan kejar mengejar di antara mereka, keadaan bertambah tegang apabila polis peronda melihat mereka membawa kereta begitu laju dan telah mengejar mereka. Ketika cuba melarikan diri daripada di kejar polis Amran telah terbabit dalam kemalangan, Ayie yang melihat kejadian tersebut cuba menyelamatkan Amran tetapi Amran tidak dapat diselamatkan dan Ayie telah ditahan atas tuduhan memandu secara berbahaya di jalan raya.
Johari kecewa dengan kejadian yang menimpa Amran dan Ayie. Di balai, Johari telah didatangi Maria, polis undercover yang telah lama mengikuti aktiviti Ray. Mereka berbincang dan satu cara sahaja yang boleh menyelamatkan Ayie. Polis meminta Johari mengaturkan perlumbaan dengan Ray untuk menangkap Ray dan Johari telah meminta pertolongan Loyai untuk mengaturkannya. Johari yang sudah lama berhenti berlumba telah berlatih semula dengan bantuan Loyai. Adakah rancangan mereka untuk menangkap Ray berjaya?